Wednesday, December 21, 2011

PenGorbaNan seoRang Ibu

Assalamualaikum w.b.t..
Tetibe hari ni sy rase nk update blog ni dgn bercerite mngenai pgorbanan seorg ibu.. sy kongsikn crite ini dgn sahabat2 sekalian..moga kite dpt mngambil iktibar daripadanye.. ^_^.. enjoy ur reading..!! 

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?”
Gadis itu menjawab “Tidak.”
Pengurus itu bertanya lagi, “Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?”
Gadis itu menjawab,”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya.”

Pengurus meneruskan soalannya, “Ibu awak bekerja di mana?” Gadis itu menjawab,”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah.”
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, “Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?”
Gadis itu menjawab, “Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya.”

Pengurus meneruskan soalannya, “Ibu awak bekerja di mana?” Gadis itu menjawab,”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah.”
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, “Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?”
Gadis itu menjawab, “Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya.”

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : “Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?”
Gadis itu menjawab : “Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal.”
Pengurus itu bertanya lagi, “Apa yang anda rasa?”
Gadis itu menjawab : “Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan.”

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, “Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini.”
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.
Baca Selanjutnya...

Friday, November 25, 2011

..kahwin awal..

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.. kaifa hal? harap sentiasa sihat dlm rahmatNya..sudah lame tidak menulis..da berhabuk pn blog ni..^_^.. but its ok..kali ni ana nk crite psl kahwin awal..disini buknlah bermaksud ana sudh berkahwin, tetapi ana cuma mahu berkongsi perasaan dgn sahabat2 sekalian.. bnyk betul crite ngenai kahwin awal yg ana dgr,ana bace..masyaAllah, sronok sgt..smpai ana pun nak sama jugak merasai kenikmatan cinta selepas kahwin ini..tp apekan daya, ana insan yg x lepas dri melakukn kesilapan..
sekarang ana cube perbaiki diri utnk mnjadi muslimah yg lebih baik..amin.. berbalik kepada crite kahwin awal tadi, subhanallah tidak dapat ana gambarkn dengan kata2..cinta yg bersulam selepas kahwin.amatlah seronok..org yg da kahwin je tahu perasaannye bagaimana..mereka sgt la romantik..dlm kata lain x geli kalau tgk mereka bermesra2 kat fb sbb mereka da halal..makin sronok bace komen2 dorg adalah ^_^.. secara tak langsung keinginan nk kahwin awal pn datang..tp, jdoh di tgn Allah...mudah2an jodoh ana nanti dari kalangan org2 yang soleh...amin... mudah2an jodoh sahabat2 sekalian juga dari kalangan org yang soleh dan solehah..amin... wallahualam ^_^
Baca Selanjutnya...

Saturday, September 17, 2011

Tentang perasaan ini

Air mata ini berjurai lagi,
Tak mahu berhenti,
entah mengapa,ku sendiri tak mengerti..

Ku mohon pada Ilahi,
Agar ditenangkan hati yang gundah ini,
Agar diubati luka dihati ini,
Agar di kembalikan kekuatan dalam diri ini..

Sabar,
Ku tanamkan dalam diri,
Namun,
Aku hanyalah manusia biasa,
Tak bisa melawan takdirNya..




Baca Selanjutnya...

Friday, June 3, 2011

Di kejauhan Ini


Bismillah Hirrahman Nirrahim..

Ya Akhi,,
Di kejauhan ini,,
Kusentuh hatiMu dengan rasaKu,,
Debarnya rasa debar cintaKu,,
Denyutnya rasa denyut setiaKu,,

Kuusap air mataMu yang jernih,,
Dengarnya ku sulam rasa kasih,,
Kutatap mataMu yang duka,,
Di situ kutemui makna rela,,


Ya AKhi,,
Di kejauhan ini,,
Ku sapa salam setiaMu,,
Ku sambut salam setiaMu,,
Onak,duri dan jeriji besi ini,,
Takkan menghalang bicara kita berdua,,

ya Akhi,,
Semakin terpisah,,
Cinta kita semakin indah,,
Semakin jauh,,
Kasih kita semakin kukuh..

Abadan abada ♥
Baca Selanjutnya...

Thursday, June 2, 2011

Kelebihan Bulan Rejab


Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.


* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Baca Selanjutnya...

Saturday, May 28, 2011

Hukum berdoa seleas solat

Hukumnya adalah sunat.


Hadith Sahih

1. Riwayat daripada Muaz bin Jabal yang menyatakan (yang bererti) :"Wahai Muaz! Demi ALlah! Sesungguhnya aku menyayangimu. Janganlah kamu meningalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu :

ALlahumma a'inni 'ala zikriKa wa syukriKa wa husni 'ibadatik

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih Imam Ibnu Hibban dan al Hakim.

2. Hadith Zaid bin Arqam yang berbunyi : "Aku telah mendengar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah berdoa setiap kali selepas solat : "ALlahumma Robbana wa robbi kulli syai in (Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al Nasaie

3. Hadith Suhaib daripada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam , katanya : "Adalah Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam apabila selesai daripada solat, akan berdoa : "ALlahumma aslih li dini - (Hadith riwayat Imam al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih oleh Imam Ibnu Hibban dan lainnya.

Sumber : Fathul Bari li Ibni Hajar (Jilid 18/m.s 96)
http://jomfaham.blogspot.com
Baca Selanjutnya...

Saturday, May 21, 2011

Surat Untuk Zaujahku

Assalamualaikum,,

Kehadapan ummi yang abg cintai..
Syukur alhamdulillah abg panjatkan k’syukuran kepada allah,kerana menyatukan kita setelah sekian lama menunggu saat-saat yang paling manis,macam-macam yang kita lalui..Akhirnya kita telah di satukan dengan satu ikatan suami isteri..Hmm..dah 2tahun kita melayar bahtera yang indah ini..Alhamdulillah,perut umi pun dah berisi,hehe..Xsabar rasanya ingin menjadi seorang ayah..

Entah xtahu kenapa dengan kekuatan yang diberikan,abg mula menulis surat ini..Mula-mula memang xtahu nak tulis apa atau nak luahkan apa-apa..Dengan ingin menyambut anak kita yang pertama berdebar-debar rasanya..Bila ummi dah tidur,barulah abg mengambil kesempatan untuk menulis surat ini,hasrat abg bila dah tiba saatnya abg akan meletakkan surat ini pada laluan yang selalu ummi lalu,agar umi terpandang dah membacanya..Ummi adalah insan yang abg pilih untuk menjadi pendamping hidup abg di dunia mahupun di akhirat..Terlalu unik diri ummi sehinggakan abg terpesona dengan ummi..Walaupun dulu abg pernah melihat ummi,tetapi abg hanya mampu berdiam diri kerana malu pada diri ini yang rasa xlayak..Dengan berkat doa dan usaha,Alhamdulillah hari demi hari ummi menyinari kehidupan abg..pembakar semangat abg semasa abg..Lagilah bila abg berada di kejauhan belajar di mesir.. Alhamdulillah,,setalah berjaya menamatkan pelajaran,abg pulang ke Malaysia..Perasaan ini sampai xtahu nak cakap apa..Abg bangga dengan ummi,kerana dengan kesabaran dan ketabahan ummi menunggu abg dengan penuh kesabaran,tekun dan penuh keredhaan..Hanya allah saja yang mampu membalas jasa ummi itu.. Sekarang dah xsama macam dulu,,bila dh bergelar suami……

Rutin harian yang dulu dan yang sekarang dah xsama,bila dah bergelar suami..Rasa macam kekoklah pulak,hehehe..Nie xboleh,,2 xboleh..Mahu xkekok,kerja yang biasa abg buat kini dah diambil alih oleh ummi..Dah macam bosslah pulakk..Masyaallah..Umi basuh pakaian abg,masakkan untuk abg dan macam-macam lagilah..huhh..Saat romantic abg dengan ummi hanya allah sahaja yang tahu betapa manisnye..Pada malam yang penuh dengan nur mawaddah,di terangi dengan cahaya malam yang sangat indah,,masyaallah..Firstnye,,Tergoda abg dengan pandangan ummi..Bila balik kerja,sampai saja rumah,,ketuk pintu,tekan bell..Dingdonggg.. bila buka pintu,ummi dihadapan abg..rasa penat semasa kerja semua hilang entah kemana..Ala-ala aircond,sejuk je suasana..Macam di dalam syurga allah,tenang je..masyaallah..Lagilah,bila time makan ummi yang masak..PEHHHH,melilih sedap sampai xtahu nak cakap apa..
Apa-apa pun,abg bersyukur dengan ummi.. ummi.. ummi..

Abg tahu,kita berdebar-debar menanti saat-saat yang itu..Terlalu risau diri ummi..Abg perhatikan,hati abg berkata “ya allah alihkanlah kerisauan diri isteriKu kepadaKu,agar dirinya tersenyum kembali”..Bila dah berbadan dua nie,biasalah..Alah bias tegal biasa,,hihi..Macam-macam karenah yang abg Nampak..Kecian ummi,dah berbadan dua nie,,masih kuat membuat kerja..abg dah kata,biar abg yang buat,,eHHh degil.. Katanya mampu lagi nak buat kerja-kerja nie..Hehehe,kelakarlah ummi nie..Berkat kesabaran yang tinggi,alhamdulillah..Liku-liku harian berjalan dengan lancar..Pagi,petang dah malam,,ummi menempuh dengan redha..Xsenang abg nak buat kerja abg,bila melihat keadaan ummi..Ya allah bantulah isteriKu ini,agar susah menjadi senang,,yang berat menjadi ringan.. Abg ringankan tulang abg menolong ummi,sepanjang tempoh yang ummi lalui..Dengan pertolongan ini,ringanlah sedikit beban syg abg nie..Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh,terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan..Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan abg dan ummi menempuh kesukaran dan kesulitan..

Ketika menempuh saat-saat yang memerlukan kepala abg berfikir sejenak..

Karenah ummi,yang semakin lama,semakin pelik..Maklumlah berbadan dua,mesti kena sabar dengan dugaan,,kerana ianya xdatang dari kehendak sendiri tetapi ianya adalah ujian dari allah..Bila mengandung,ummi mula alah tentang macam-macam,,bau badan abglh sume serba xkena..bila mendekati abg ummi mula rasa xselesa,dalam beberapa bulan abg ikhlas menempuhnya dengan penuh keredhaan..Kemungkinan kandungan kali pertama,,mungkin ummi tertanya-tanya,”sabarkah abg dengan karenah ummi ini??”Masihkah ummi ini bidadari abg di saat-saat itu..Semasa mengandung,ummi xlalu makan,mulut ummi asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana.. Tidur pun sering tidak lena..Yang sering ceria bertukar duka dan pemarah..nak makan,suruh abg suapkanlah,,hehe..sweet gitu^^ Tetapi ummi,abg tahu ummi bukan sengaja melakukan yang sedemikian..Tidak pernah abg rasa di setiap inci kelakuan ummi begitu membuat abg resah dan xselesa dengan ummi..Insyaallah,abg mampu bersabar dengan kelemahanMu itu..

Semasa mengandung,keupayaan ummi berkurang..Abg ikhlas memicit anggota badan ummi yang lenguh..Bergadai nyawa untuk anak yang bakal dilahirkan..Mungkin abg suka bergurau senda,tetapi sekarang tiada yang hendak melayan karenah abg ini..Bila diperlakukan sebegini,hati kecil abg bertanya,,”kuatkah cintaMu kepadaKu??”.. mungkin hanya mainan dalam fikiran.. yang abg risau hanyalah tentang diri ummi dan anak kita yang bakal dilahirkan nanti..Mohon di jauhkan,insyaallah..selagi mampu abg berdiri,abg akan berdiri didepan ummi..

Menunggu anak yang bakal dilahirkan..

Jika di takdirkan allah menjemput abg terlebih dahulu,,sampaikan salam abg pada anak kita,katakan yang abg sayangkan dia..dan bacakan ayat ini padanya..”wahai anak-anak ayah,jika ayah tiada,jadikan segala bahan dalam laman-laman ummi ni sebagai panduan untuk mendidik anak cucu kalian.Didiklah mereka menurut Al-Quran dan As-Sunah,segalanya telah sempurna di dalam kedua-dua nya..Anak-anak ayah adalah permata di hati ayah,kamulah racun dan kamu jugalah penawar hati ayah dan ummi.Kamu adalah anugerah allah buat ayah.Ayah saying anak-anak ayah,jagalah ummi dengan baik,jangan bagi ummi sedih.Gembirakan hati ummi selalu,jangan suka mengarot macam ayah tau”ini saja yang dapat ayah katakan,,wassalam..

Xsabar rasanya mahu melihat anak kita,adakah cantik macam ummi nya?? Comel macam ummi nye?? Baik macam ummi?? Kuat semangat macam ayah dan ummi nya?? Haa,macam ayah nye?? Haa,allah saja yang tahu bagaimana rupanya..Nak mendidik nya,bermain dengan anak kita..Main lari-lari,hmm best…Ya allah,sampaikanlah hayatKu ini..Melihat anak kita membesar,emmmm comel…Mudah-mudahan kita dapat mendidik anak kita menjadi seorang mujahid soleh atau mujahidah solehah mengikut syariat yang nabi katakan.. amin ya allah..

Hari demi hari yang berlalu begitu pantas,angin bertiup kencang,cahaya menerangi alam,nur pada wajahMu xdapat abg lupakan..Hanya tuhan yang tahu..Ummi,walaupon api dah menjadi bara..Dekat atau jauh,tinggi atau rendah..abg selalu rindu akan ummi..Senyuman ummi,hmm terlalu istimewa buat abg..Cinta abg terhadap ummi,xdapat di gambarkan..Abg sayang ummi sangat-sangat..Ummi adalah sayap kiri abg,tanpa ummi siapalah abg ini..Bidadari abg,abg akan jaga sampai ke titisan darah abg yang terakhir,insyaallah..Allah maha mengatahui apa yang ada di dalam hati ini..Abg rindu ummi..abg harap,ummi dapat jaga kalimah cinta abg baik-baik..Ini yang dapat abg luahkan pada isi surat,walaupun xseberapa,abg harap ummi dapat terimanya..Ku tetap menungguMu permaisuriKu..

“Manusia melahirkan cinta”

“Cinta melahirkan manusia”

“Gerimis SAKINAH membawa pasangan meredah lautan MAWADDAH. Bertemankan RAHMAH untuk menempuhnhari cerah dan mendung hitam, Manis madu , dan pahit hempedu.Pada realiti sebuah kehidupan”..

“Cinta dan Kasih saying bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara.Malah ia sebagai satu seruan untuk kita (BERCINTA SAMPAI KE SYURGA)”..

Ikhlas dari hati abg,ABG CINTAKaN UMMI..Akhir kalam,salam rindu dari abg”assalamualaikum ya ‘azizaty”……..

Ikhlas dari hati seorang bakal suami..(so sweet surat ni)
Baca Selanjutnya...